Modul Bomba the Bombastic

Modul bomba kami tu kat Kuala Kubu Bharu, Selangor selama seminggu. Dari INTAN ade la dalam sejam jugak. Lepas sejam tu bas berhentikan kami kat satu lokasi rahsia area pekan Kuala Kubu. Dari situ pihak BOMBA ambik alih. Kami mula ekspedisi kami dengan cari batu yang dalam lirik lagu tu: "Kalau pergi Kuala Kubu.. tulis nama atas batu... ♭♮♯♭♮♯♭" haaa cari la kau kat mana batu tu 😅. Sebelum tu kami dah dipecahkan pada 4 platun. Platun Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. Aku Platun Alpha! Dengan Cikgu Kamal Dalam 15 minit berjalan kaki baru la sampai kat tempat penginapan kami untuk seminggu tu. Satu rumah ada 4 bilik. Ada bilik yang ada aircond, ada yang takde kira sape cepat dia dapat la. Pukul 2 kami dah kena berkumpul. Ada taklimat dengan Cikgu Loe dan time ni henfon memasing dah kena ambik. Selama seminggu putus hubungan dengan dunia luar tapi ada pengecualian untuk ketua sidang dan penolong ketua sidang bulan April. Overall aktiviti kat BOMBA ni aku boleh kat...