Hari Pendaftaran Kursus DPA 2019
Dah sebulan berlalu dari tarikh bersejarah tu. Sejarah la sebab aku mulakan hidup baru. Punya la nak sangat sambung study ambik Master, register sampai 3 kali tiba-tiba Allah kata takpe ambik Diploma dulu okay 😹 So pagi tu kami dari Hartamas gerak pukul 7.40 pagi sebab dekat je dah sampai. Kalau dari Ipoh memang sebelum Subuh kena gerak dah. Ramai dah masa tu berkumpul luar dewan. Start registration pukul 8 lebih, ada taklimat pendek sebelum tu oleh Perunding Latihan Kanan.
Masa register ni ada banyak kaunter diorang bukak beratur ikut nama dalam kumpulan yang dah pihak pengurusan tampal kat papan kenyataan. Masa hari pendaftaran ni kena submit borang-borang macam biasiswa JPA, medical check-up, bayar yuran pendaftaran RM440 dan hantar borang perjanjian yang dah dimatikan setem kat LHDN.
Gambar: sumber IG programdpaintan
(aku la yang depan sekali tu HAHA)
Habis je submit bagai semua tu kena proceed kat asrama pulak. So pergi la kat asrama Anggerik untuk register bilik. Alhamdulillah aku dapat stay kat Intan Bukit Kiara, Asrama Melur. Sementara tunggu husband sampai aku pergi la tengok bilik, kalau ikutkan pangkal nombor bilik aku 5 tau so aku macam dah redha la mak ai naik tangga hari-hari lima tingkat, rupa-rupanya tak.. Konsep dia kalau Aras 5 kau akan dekat dengan jalan, kalau Aras 4 kau akan dekat dengan jalan nak ke tangga surau, Aras 3 dekat dengan nak ke surau dan kelas, kalau hujung-hujung dekat pulak dengan dewan makan. Adil dan saksama. Tapi serius penat wei naik turun tangga. Lagi-lagi pakai court shoe. Astaghfirullahalazim rasanya.
Satu bilik kat Kiara ni kongsi 2 orang. Toilet ada dalam setiap bilik memasing (lega kan?) heheh. Ada tv, ada fridge, meja study, katil single, almari besar jugak, iron dgn board dia pun disediakan tau, yang penting aircond ada beb. Penat-penat balik dari PT memang lega bila masuk bilik. So far memang puas hati la dengan segala kemudahan yang ada. Bab makan pulak, INTAN memang sediakan makan 4 kali sehari untuk kami ni, ada breakfast, minum pagi, lunch dengan dinner. WAJIB makan.. kau nak diet ke apa tu terpulang asalkan turun dewan makan and makannnn walaupun sikit. Tak elok la kan orang dah siapkan makanan tapi kita tak makan pulak.Masakan setakat ni semua sedap, 5 bintang aku bagi.
Gambar dalam bilik - Hari Pertama 😁
Ok sambung balik, lepas dah setel register semua pukul 2.30 petang dah kena berkumpul kat dewan yang kami register tadi. Masa tu dah start dah la aktiviti kami. Kitorang dibahagikan kepada 10 kumpulan berasaskan nama-nama haiwan, aku dapat kumpulan Monyet. Nama diberi supaya kita sayangkan hidupan disekeliling kita. Well, INTAN memang banyak monyet pun, so semakin akrab la hubungan kami nanti. LOL.
Lepas tu ada la beberapa aktiviti dalam kumpulan, setiap kumpulan ada fasilitator, group aku punya fasi, Pn Fara and Cik Indah. Fasi ni la yang akan ikut kita sampai la habis seminggu ni. Lepas tu majlis diserikan dengan kehadiran Dr. Jamaluddin, Ketua Sub-Kluster Pembangunan Modal Insan (SKPMI), ada amanat-amanat yang beliau bagi kat kami para kadet, insya Allah cream of the cream katanya, tapi aku rasa kerdil sangat nak dapat gelaran tu. Antara sebab aku setuju nak masuk sini sebab nak develop diri aku, banyak sangat yang kena belajar dan baiki lagi.
Majlis petang tu bersurai awal dan malam free untuk bagi laluan kat kitorang kemas-kemas barang siap-siap untuk pergi ke lokasi Group Integration (GI) selama 3 hari. Masa ni, even sampai ke esok paginya tu pun kami tak tahu lagi GI kami buat kat mana. Masing-masing doa yang terbaik je lah. Hint yang kami dapat dari Perunding Latihan masa tu,, selama 3 hari kami kena MANDI KOLAH. TIDO KHEMAH. hm.
WELCOME TO THE NEW WORLD AIMY!


Comments
Post a Comment