Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK)

Next Stage! Result online exam dah keluar maka happy lah beramai-ramai. Pada yang gagal jangan putus asa. Ada yang sampai 10 kali jawab, akhirnya sekarang dah selamat jadi PTD yang berjaya dan disegani. Apa-apa pun jangan patah semangat!

Okay apa benda Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) ni kan. UKJK ni ialah stage seterusnya yang perlu dilalui selepas korang berjaya jawab Exam Online hari tu. Sebelum ni UKJK digabungkan dengan PTD Assessment Centre tapi ada jugak sesetengah tahun tu pihak SPA/INTAN asingkan.

Elemen-elemen yang akan diuji semasa UKJK mungkin akan berubah dari masa ke semasa. Kat bawah ni berdasarkan pengalaman aku lah kan. Calon-calon akan diuji dari segi fizikal, yelah kau fit ke tak fit, bmi tinggi sangat ke atau rendah sangat ke. Aku ingat lagi, masa batch aku, ramai underweight tak dapat teruskan ujian sebab tak menepati syarat yang ditetapkan, Syarat utama dan paling minimum ialah Body Mass Index (BMI) 18.50. Benda ni yang akan diperiksa awal-awal lagi lepas taklimat.

Habis je taklimat, sesi saringan pun dimulakan dengan dibahagikan kepada dua kumpulan. 1 kumpulan pergi check BMI dan check blood pressure dulu, satu lagi terus buat ujian kecergasan yang lain. Last sekali dah setel dua-dua group baru la kami proceed dengan ujian yang paling utama iaitu Bleep Test.

Kat bawah ni aku perincikan satu-satu Ujian Saringan yang ada okay ;) (gambar-gambar sumber google)

1. Body Mass Index (BMI)
Kita dikehendaki menimbang berat dan ukur ketinggian menggunakan peralatan yang disediakan. Nanti pegawai KBS akan catit rekod kat borang UKJK kita tu. Korang kalau dah dapat surat pergi PAC sila lah start diet bagi yang rasa berat tu dan makan banyak-banyak untuk yang underweight. Pihak SOA sangat tegas bab BMI ni. Ada yang sampai tahap BMI je tak lepas syarat dah terus kena balik. Apa2 pun banyakkan berusaha dan berdoa.

2. Blood Pressure Test
Ada 6 kaunter untuk check blood pressure kita. Kat sini nampak mudah yela just sua lengan kat nurse then proceed la kat next session kan. Tapi tak semudah yang disangka ye, masa aku UKJK hari tu ramai yang sangkut kat Blood Test ni. Kalau rekod tinggi sangat nurse akan suruh korang tenangkan diri dulu, jangan stress. sebab tu pentingnya tidur yang mencukupi ye guys. Selagi tak dapat bacaan normal selagi tu la tak boleh proceed kat saringan seterusnya.

3. Genggam Tangan
Untuk genggam tangan ni senang tapi susah. Ha faham tak? Hehehe. Kita kena genggam alat tu sekuat yang boleh pakai sebelah tangan sahaja. Aku cakap senang sebab kita hanya perlu genggam tapi susah sebab alat tu memang ketat sangat. Aku yang lemah lembut ni memang terketar ketar la jugak buat hari tu tiba-tiba pegawai sukan tu kata alamak tak on pulak tadi so bacaan kat alat tu tak di rekod LOL. So aku buat la kali kedua yang masa tu tenaga pun dah tak banyak sangat. Huh nasib baik lepas 🤦🏾‍♀️


4. Jangkauan Melunjur
Ujian ni nak test kelembutan badan boleh menari ke tak nanti 😆 hahaha tak lah. Nak uji tahap kelenturan badan kita. Urusetia akan bagi kita buat dua kali dan rekod yang paling bagus je dia catit. Masa buat ujian ni kaki kena lurus tak boleh bengkok dan tolak tangan kedepan perlahan-lahan.



5. Bangkit  Tubi (Separa)
Bangun tubi ni tak sama dengan sit up. Cara baring sama tapi cara bangun lain. Untuk bangun tubi, peserta diminta untuk baring dan tolak tangan sampai kena pada garisan yang telah ditetapkan. Garisan tu ada kat bawah lutut kita actually. Dalam masa seminit cubalah buat sehabis baik untuk score. Tunjukkan effort walaupun kau tak mampu 😂 macam kes aku, aku berjaya buat tapi perut cramp yang amat sangat. Mungkin salah teknik. Huhu. Contoh bangkit tubi separa macam kat bawah ni; gambar sumber daripada Google.


6. Bleep or Beep Test
Beep test ialah acara dan ujian kemuncak untuk sesi UKJK ni. Kita akan lari beramai-ramai serentak 10 orang mengikut tempo yang akan dipasang. Sambil lari sambil kena dengar bunyi. Kena sampai ke garisan sebelum bunyi beep tu. nak tahu ritma dia korang boleh search kat Youtube pun boleh and boleh install any beep test punya apps. dan.... Sila lah jogging selalu untuk persiapan rapi hoyeahhh!!

Tu je lah ujian-ujian yang akan korang buat. Aku Alhamdulillah lepas UKJK dengan jayanya eh takde la jaya sangat cukup-cukup makan je kot. Tapi orang kata kalau beep test tu sangat penting jadi memang kena buat sehabis baik kat situ. Cuba push diri se push push nya. Jangan give up 💪🏻💪🏻

Comments

Popular posts from this blog

Kursus Diploma Pengurusan Awam

Hari Pendaftaran Kursus DPA 2019