PTD Assessment Center (PAC)

PAC ni best! lagi senang dari exam online sebenarnya. Aku suka elemen-elemen dalam PAC sebab lebih menguji daya komunikasi dan ciri-ciri kepimpinan. Aku dulu PAC kat INTAN Sungai Petani atau lebih dikenali sebagai INTURA. PAC dijalankan selama 1 hari setengah dan syukur sangat aku dapat masa Sabtu dan Ahad. Dah jimat cuti kat situ. Lepas je habis kerja hari Jumaat tu sampai je rumah terus shoot pegi Sungai Petani, Kat situ kami stay dua malam kat hotel Big Orange, 10 minit dari INTURA tu. Harga okay, condition bilik okay la dengan harga yang ditawarkan tu.

So malam tu aku persiapkan diri dengan memastikan baju seluar ic surat jemputan semua dah siap sedia. esoknya senang takyah kelam kabut nak cari itu ini. Pagi esoknya tu pukul 7 pagi lepas breakfast ala kadar kat hotel tu maka aku pun pergi la ke INTURA. Masa tu aku antara yang terawal jugak. Dapat nombor giliran 027 maksudnya orang yang ke 27 register. Nampak kan semangat disitu. Lepas setel register terus masuk dewan untuk dengar taklimat. Pukul 8 lebih baru start taklimat, sambil-sambil tunggu tu dah start sembang-sembang dengan calon lain dan isi borang untuk maklumat peribadi yang diminta oleh pihak INTAN.

Lepas habis je UKJK, (boleh baca kat post sebelum ni),kami pergi la makan tengahari. Time aku ukjk dengan pac ni sekali tapi tahun berikutnya dah asing. Kes macam aku unik sikit sebab aku dapat rasa dua-dua sebab aku kan dah berjaya tahun 2017 tapi sebab aku appeal untuk diberi peluang penangguhan disebabkan pregnant. Permohonan diluluskan cumanya aku kena buat UKJK sekali lagi. Nanti la aku cite camne cara2 kat entry lain. Ok sambung balik.. Masa ni lunch disediakan dan lepas tu terus solat zohor. time ni aku tak solat sebab aku boleh jamak. pukul 2.30 dah kena berkumpul balik kat dewan. Aktiviti petang tu dimulakan dengan latihan dalam kumpulan (LDK) Satu kumpulan ada 10 orang dan kami kena selesaikan task yang diberikan. Masa tu kena bina tower pakai straw. Aktiviti yang pernah je buat sebelum ni tapi masih lagi gagal buat yang terbaik. HAHA.

Lepas aktiviti straw tu kami kena buat 10 formasi pelbagai bentuk. Ada yang kena buat kapal terbang, tugu negara, ketam, bunga raya dan banyak lagi lah. So bila pegawai tu tiup wisel je maka semua kumpulan kena buatla bentuk formasi tu ntah main tibai je kami. dah la tak kenal pun masing-masing. HAHA lagiii.

Aktiviti petang tu habis dalam pukul 5 petang. Sebelum balik kami diberi 1 tajuk untuk Pengucapan Awam (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris). Tajuk aku dapat untuk BM tu Belia Pewaris Bangsa dan untuk English aku dapat Thrifty. Esok pukul 8 pagi dah kena ada siap-siap dalam bilik ikut kumpulan masing-masing.


 Group 3, PAC 2017

Hari kedua tu pakai pakaian formal. Dah selesai pengucapan awam dengan public speaking tu ada group discussion pulak. Sama jugak ada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tips kat sini jangan jadi pasif dan jangan pulak dominan sangat masa perbincangan. Bagi peluang kat semua member untuk bercakap dan pantang sangat-sangat kalau kau hanya jadi moderator je. Kurang sangat markah kat situ. Akan ada panel dalam bilik perbincangan yang akan tengok dan bagi markah jadi mainkanlah peranan masing-masing untuk jadi good follower and good leader 😁 Alhamdulillah aku lulus PAC ni dengan sekali percubaan sahaja. Allah yang bagi.. Alhamdulillah.

Comments

  1. Assalamualaikum.., maaf menganggu..ada baca entry Puan kt ats mengenai Ukjk. kalau Puan x keberatan boleh x nak tahu dgn lebih lanjut macam mana ya procedure nk minta penangguhan disebabkan pregnant. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai.. sorry lambat reply.. dah lama tak bukak blog ni. mintak penangguhan tu sis kena hantar surat tajuk PERMOHONAN PENANGGUHAN hantar kt JPA.

      Delete
  2. I haven’t any word to appreciate this post.....Really i am impressed from this post....the person who create this post it was a great human..thanks for shared this with us. virtual assessment centre

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kursus Diploma Pengurusan Awam

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK)

Hari Pendaftaran Kursus DPA 2019