Tuition Mission
“Ular yang menyusur akar, takkan
hilang bisanya.
Hidup kayu berbuah, hidup manusia
biar berjasa.”
Rasa macam kena tampar dengan ayat kat atas tu, ayat tu first time
aku jumpa masa sesi bersama-sama Pengarah Intan, ada dalam slide dia. Dalam
maksudnya tu bawak seribu makna. Memang tu la pun antara nilai-nilai yang cuba
diterapkan dalam diri setiap kadet Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama 10
bulan ini. Actually entry kali ni aku pakai yang aku hantar untuk blog batch
tapi aku dah tukar la perkataan jadi tak berapa baku. Yang aku hantar kat blog
batch tu memang baku habis.
So, sepanjang 7 minggu bergelar kadet DPA ni ada macam-macam
aktiviti dan program yang dah kitorang ni join. Aku nak share pasal Tuition
Mission. 57 orang sukarelawan dikalangan kadet DPA telah menyertai minggu
pertama Tuition Mission dan dibahagikan lagi kepada 3 kumpulan. Misi ni telah
berlangsung kat 3 buah kampung Orang Asli secara serentak iaitu di Kampung
Rasau Hilir, Puchong, Kampung Sungai Melut, Dengkil dan Kampung Bukit Tadom,
Banting. Aku join yang kat Kampung Rasau Hilir. Misi ini jugak collaborate
dengan alumni Yayasan Sukarelawan Siswa yang datang dari pelbagai universiti
seramai 10 orang.
Menurut pengarah projek, Siti Zurianah Ismail, (kawan aku jugak ni dari sidang satuuu!!) objektif misi kali ini adalah berfokuskan kepada pembelajaran subjek Information and Communication Technology (ICT), Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sasaran kumpulan terbahagi kepada empat kategori iaitu untuk golongan sekolah rendah, sekolah menengah, belia dan ibu bapa. Pembelajaran lebih berkonsepkan “Fun Learning” yang lebih fokus kat keperluan dan kesesuaian peserta.
Dalam pukul 10 pagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 4 ke 14 tahun
dah start datang dewan. ada budak-budak yang nampak yakin, ceria, semangat dan
ada jugak yang macam malu-malu bila kami approach. Kitorang start misi dengan
aktiviti Musical Chair.
Lepas tu kitorang sambung dengan kelas penggunaan laptop. Apa yang
terkejutnya bila diorang sendiri yang mintak untuk ajar cara guna laptop tu.
Kitorang macam.. woww ni bagus ni! Jadinya, kami pun ajar la apa yang kami
tahu. Kami ni pun takde la hebat mana.
Kami ajar diorang cara nak melukis dan mewarna bentuk menggunakan
aplikasi Paint, belajar menaip menggunakan Microsoft Word dan sesi pembelajaran
mengenal nama-nama haiwan, buah-buahan dan juga warna.
Around 2.30 petang tu, golongan belia dan ibubapa pulak datang ke
tempat aktiviti dijalankan. Kami bagi pengenalan mengenai dunia Web dan e-mel
kepada peserta yang hadir pada hari itu. Diorang diajar untuk membuka account
Gmail, menggunakan Google Translate serta mengendalikan akaun Facebook.
Golongan belia pulak telah diberi pendedahan cara-cara menggunakan Microsoft Powerpoint. Diorang semangat tau nak belajar. So aku pun ajar la untuk insert image, smart art, copy dan paste gambar hasil dari pencarian di Google, cara membuat jadual, dan menghias slide. Benda-benda camni nampak simple tapi boleh meningkatkan daya berfikir secara kreatif dan kritis diorang.
Kitorang setel misi hari tu pukul 5 petang. Masa berjalan keluar
kampung tu boleh pulak dengar budak-budak tadi jerit dari padang;
“Datang lagi ya! Kami nak belajar computer lagi!”
Ah, hilang penat kami seharian. Balik dengan perasaan sebak dan
bangga. Memang betul la, hidup manusia biar berjasa, tidak membezakan bangsa dan
juga rupa. Kita ni rasa apa yang kita buat takde sangatpun makna tapi tidak
pada mereka. Ha gitu.
Comments
Post a Comment