Modul Bomba the Bombastic

Modul bomba kami tu kat Kuala Kubu Bharu, Selangor selama seminggu. Dari INTAN ade la dalam sejam jugak. Lepas sejam tu bas berhentikan kami kat satu lokasi rahsia area pekan Kuala Kubu. Dari situ pihak BOMBA ambik alih. Kami mula ekspedisi kami dengan cari batu yang dalam lirik lagu tu:
"Kalau pergi Kuala Kubu.. tulis nama atas batu... ♭♮♯♭♮♯♭" haaa cari la kau kat mana batu tu 😅. Sebelum tu kami dah dipecahkan pada 4 platun. Platun Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. Aku Platun Alpha!
Dengan Cikgu Kamal


Dalam 15 minit berjalan kaki baru la sampai kat tempat penginapan kami untuk seminggu tu. Satu rumah ada 4 bilik. Ada bilik yang ada aircond, ada yang takde kira sape cepat dia dapat la. Pukul 2 kami dah kena berkumpul. Ada taklimat dengan Cikgu Loe dan time ni henfon memasing dah kena ambik. Selama seminggu putus hubungan dengan dunia luar tapi ada pengecualian untuk ketua sidang dan penolong ketua sidang bulan April.

Overall aktiviti kat BOMBA ni aku boleh katakan sebagai permulaan kepada modul-modul luar yang lain yang lebih lebih lebih mencabar fizikal dan mental. Kat bomba ni pada aku lebih kepada menguji kesabaran berbanding fizikal sebab jurulatih-jurulatih sangat berhemah melatih kitorang. Menguji sabar sebab kena pakai baju kebakaran, mask, helmet, boot dan angkat breathing apparatus belakang badan. 
Modul Menyelamat di Datar

Platun Alpha masa Malam Impak Maksima

Latihan Platun Alpha untuk FAREX

Comments

  1. Assalam.. Puan, bagaimana ye klo untuk kadet yg sedang mengandung? Adakah mereka akn dikecualikan dr latihan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kursus Diploma Pengurusan Awam

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK)

Hari Pendaftaran Kursus DPA 2019