Group Integration

Minggu Group Integration (GI) ni lebih kurang macam minggu orientasi. Pagi tu 7.30 berkumpul depan Dewan Serbaguna siap pakai headband ikut warna kumpulan masing-masing. Kat setiap bas tu ada letak kertas siap print lagi, ada bas yang PERAK, KEDAH, PULAU PINANG.. kami dah macam uish hebat betul semua pecah-pecah. Kami siap pilih bas lagi ikut negeri mana nak pergi. Tapi tiba-tiba ada satu bas ni tulis Perlis kot, so macam eh ni konfem tipu ni HAHAHA. Rupa-rupanya trick je tu.. kitorang semua pergi ke lokasi yang sama iaitu Jasin, Melaka.


Monkey Cool Clanz

The Monkey Ladies 

Ni la bas yang prank kitorang tu. Driver bus pun dok gelak-gelak tengok kelurusan kitorang.

Sampai je kat kem tu kami pun diberi taklimat ringkas oleh pemilik kem tersebut iaitu Pak Let. Nama kem tu Kem Lambaian Danau. Agak femes jugak la dikalangan orang selatan sebab rata-rata memang tahu kewujudan kem ni. Macam aku yang tak berkembang sangat, belajar kat Perak, kerja pun kat Perak memang tak pernah dengar la nama kem ni. Kem Batu Pecah kat Kuala Kangsar tu aku tau la. Lepas habis taklimat tu kami kena pasang khemah. Okay ni aku expert. Aku bangga aku tahu pasang khemah HAHAHA. tapi tu je lah pun yang senang sepanjang 3 hari kat sana. lepas tu dah macam hape je. Satu-satu benda susah kena hadap untuk uji mental dan fizikal peserta.

Aktiviti hari pertama tu dah kena buat Water Confidence dengan Bridge Jumping. Kumpulan aku buat water confidence dulu. Masing-masing kena pakai life jacket pastu masuk dalam tasik terus baring tengok langit. Neves jugak sebab kita tak tahu berenang. Lepas dah baring tu instructor suruh berenang sampai ketengah pastu capai tangan kawan-kawan then buat satu bulatan. Bila fikir balik macam tak percaya boleh buat. kira seronok sangat lah masa tu, tapi.. Ya Allah penat sangat-sangat tangan aku ni berenang kat tasik tu. Punya la rasa jauh sangat nak pegi tengah tasik pastu nak patah balik sampai ke tebing. Tapi aku tengok ramai jugak yang steady je, maybe dah fit kot.

Malam tu ada aktiviti berlatih nyanyi lagu kursus Diploma Pentadbiran Awam. Dalam satu malam kitorang dah kena hafal lirik dengan melodi lagu tu. Malam tu memang kena berlatih sampai serak-serak la tekak. 










Hari kedua start dengan Physical Training (PT). First terus lari padang 3 pusingan pastu Zapin Ayam yang memang kreatif la Pak Let reka. Kreatif sampai kami tak termampu nak membuatnya. Apa-apa pun PT dengan Zapin Ayam ni penting sebenarnya untuk persiapan kami nak berakit. Berakit kat tasik mungkin la tak semencabar berakit kat laut Pangkor time OBS nanti tapi tasik tu luas weh. Memang lepas PT terus proceed rakit, dari pasang sampai la pusing satu tasik tu. boleh tahan deras jugak tasik kat kem tu. Rakit kumpulan aku siap pecah tiub tayar. mujur tak tenggelam di tengah tasik. ada yang penat sangat sampai macam buat meeting tengah2 alam tu n habis je merakit memang tangan melecet lah. 

Hari ketiga last day kami mandi lumpur paya bakau yang aku tak pernah terfikir boleh berendam dalam tu. Bukan berendam je tapi siap commando crawl mencari telur dan menyerang musuh. HAHAHA. Best wei! hasilnya parut kat tangan calar-balar sampai sekarang pun ada lagi. dah 4 bulan ye! Apa-apa pun kenangan kat GI ni best lah dan ujian-ujian yang ada tu baru 10% je dari modul seterusnya.

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih puan sudi berkongsi tips dan pengalaman dari mula UKJK sampai lah proses mendaftar hingga ke Group Integration. Congratulations on your appointment as PTD. Doakan kami juga menyusul.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kursus Diploma Pengurusan Awam

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK)

Hari Pendaftaran Kursus DPA 2019