Online Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)
Baru-baru ni ada makluman yang pengambilan jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 telah dibuka dan pihak Suruhanjaya Pekhidmatan Awam mengalu-alukan permohonan semua yang berkelayakan untuk memohon. Kira-kira 400 jugak lah kekosongan untuk diisi bagi pengambilan seterusnya ni.
Jadi bila iklan daripada pihak SPA tu dah mula tersebar dan dikongsi oleh ramai orang, kawan-kawan aku ramai jugak yang tanya apa cara nak mohon dan sebagainya. Cara nak mohon senang sajo! Pergi kat link ni http://www.spa.gov.my/web/guest/pautan-borang-spa8i dan daftar atau kemaskini permohonan.
So, jom kita check dulu syarat kelayakan.
Syarat-syarat:
1. Warganegara Malaysia
2. Berusia tidak lebih 34 tahun (semasa memohon)
3. Bekelulusan Ijazah Sarjana Muda dan keatas
4. CGPA 3.00 keatas
Tu je! Kalau korang cukup syarat simple atas tu, insya-Allah permohonan diterima dan nanti dapat e-mel jemputan dari SPA untuk menduduki Online Exam. Okay masuk pulak bab Online Exam ni, aku dah tiga kali jawab baru aku lepas weh! Maksudnya 3 tahun berturut-turut la.. jadi untuk siapa-siapa yang dapat pass dengan sekali je tu memang tabik lah hahaha.
First time aku try dulu ada 3 kategori, Pengetahuan Am, Matematik dan Ujian Psikometrik tapi bila aku cuba yang kali ketiga tu SPA dan tukar format. Ujian Psikometrik dah takde tapi buat lepas stage lain pulak. Tips untuk lulus Online Exam ni ialah korang kena PANTASSSS! pastikan jawab SEMUA soalan sama ada betul ke tak belakang cerita. Kenapa aku cakap kena pantas ialah sebab masa yang diberikan tu memang pendek.
Masa mula-mula nak try jawab exam online ni aku siap beli e-book Exam PTD tu tau! punya la semangat. tapi secara jujurnya pada aku untuk first timer buku tu berguna. yela kita dapat gambaran format soalan macamana. tapi kalau salah teknik nan hado jugak. Teknik nak lulus exam ni ialah buat latihan maths tu dan banyakkan membaca at least seminggu sebelum exam dah start dah latihan-latihan tu. Baca sejarah Malaysia, agensi-agensi kerajaan, sistem pemerintahan Malaysia, dan segala berita. Soalan memang pengetahuan Am. Usaha terakhir adalahhh bukak banyak-banyak tab google la kau time exam tu nanti! insya-Allah sempat tapi kena pantas la. keyword apa guys? PANTAS!
Untuk yang Maths tu pastikan study banyak bab ratio, probability, jarak dan try jawab soalan-soalan iq. selama 3 kali aku jawab exam online ni memang gitu la soalan-soalan yang keluar pun. hihi.
All the best!
Comments
Post a Comment