Kursus Diploma Pengurusan Awam

Sebelum dilantik sebagai PTD, kena mengharungi zaman kadet selama 10 bulan. Dulu kursus ni tak dipanggil kadet pun sebab diorang dah masuk servis dulu lepas tu baru pergi kursus. Tapi sekarang ni dah lain. Kena masuk kursus dulu lepas tu kalau PASS baru lah ditawarkan jadi PTD. Nampak tak betapa susahnya nak bergelar PTD sekarang ni? 😂😂

Jadi selama 10 bulan tu akan ada macam-macam modul yang akan dilaksanakan pada para kadet. Nama kursus tu kursus DIPLOMA PENGURUSAN AWAM (DPA). Sejak beberapa tahun yang lalu, kursus yang INTAN kelolakan ni dah dapat pengiktirafan oleh MQA jadinya Diploma tu memang bernilai okay! Bukan sekadar nak cukup syarat PTD je. Sebab tu la dalam 10 bulan tu akan ada banyak exam, assignments, aktiviti lasak dan internship sekali. Untuk setiap modul ni nanti aku cerita kat entry yang lain pulak lah.

Cabaran awal bila nak jadi kadet ni ialah kau kena tinggalkan famili. Yang bujang xpe kot (agaknya la) sebab macam masuk asrama masa zaman sekolah dulu tapi yang ada anak kecik macam aku ni perasaan tu syahdu oii.. dah nama pun kadet kan jadinya memang tak boleh bawak siapa-siapa la duduk dalam INTAN tu. lepas tu kalau ade rezeki boleh balik setiap weekend tu syukur sangat kalau tak boleh balik memang bertambah sebak didada. Pengorbanan yang diharapkan berbaloilah.

Next challenges... ialah kewangan. Once kau dah setuju nak jadi kadet konfem kau kene tender kerja sekarang dan bye2 la gaji kau tu. bukan jadi kadet tak de elaun tapi tak sebanyak mana la berbanding gaji sebelum ni melainkan kau dulu memang dah in service yang bukan kontrak. Elaun yang akan dapat nanti sama banyak dengan gaji sebelum ni kalau kau memang dah dalam servis. kalau kontrak govt atau keje swasta dapat la elaun standard... Elaun tu pun atas dasar biasiswa oleh JPA. Selalunya elaun ni masuk ikut masa sama dengan penjawat awam yang lain dapat tapi untuk bulan pertama kursus memang akan lambat. Apa2 pun kita.. Bersyukurrrr. (Walaupun sekarang tengah mengais hahah) yela komitmen macam kereta bil2 lain still kena bayar. Jadinya perancangan kewangan sebelum masuk Kursus tu sangat la penting.

Apa yang best jadi PTD ni? Hahaha nanti aku share.

Comments

  1. Salam sis. Boleh saya tahu sepanjang tempoh DPA ada diberikan cuti tak? Means boleh minta cuti tahunan etc?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK)

Hari Pendaftaran Kursus DPA 2019