Kursus Diploma Pengurusan Awam

Sebelum dilantik sebagai PTD, kena mengharungi zaman kadet selama 10 bulan. Dulu kursus ni tak dipanggil kadet pun sebab diorang dah masuk servis dulu lepas tu baru pergi kursus. Tapi sekarang ni dah lain. Kena masuk kursus dulu lepas tu kalau PASS baru lah ditawarkan jadi PTD. Nampak tak betapa susahnya nak bergelar PTD sekarang ni? 😂😂 Jadi selama 10 bulan tu akan ada macam-macam modul yang akan dilaksanakan pada para kadet. Nama kursus tu kursus DIPLOMA PENGURUSAN AWAM (DPA). Sejak beberapa tahun yang lalu, kursus yang INTAN kelolakan ni dah dapat pengiktirafan oleh MQA jadinya Diploma tu memang bernilai okay! Bukan sekadar nak cukup syarat PTD je. Sebab tu la dalam 10 bulan tu akan ada banyak exam, assignments, aktiviti lasak dan internship sekali. Untuk setiap modul ni nanti aku cerita kat entry yang lain pulak lah. Cabaran awal bila nak jadi kadet ni ialah kau kena tinggalkan famili. Yang bujang xpe kot (agaknya la) sebab macam masuk asrama masa zaman sekolah dulu tap...