Posts

Showing posts from February, 2019

Tuition Mission

Image
“Ular yang menyusur akar, takkan hilang bisanya. Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa.” Rasa macam kena tampar dengan ayat kat atas tu, ayat tu first time aku jumpa masa sesi bersama-sama Pengarah Intan, ada dalam slide dia. Dalam maksudnya tu bawak seribu makna. Memang tu la pun antara nilai-nilai yang cuba diterapkan dalam diri setiap kadet Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama 10 bulan ini. Actually entry kali ni aku pakai yang aku hantar untuk blog batch tapi aku dah tukar la perkataan jadi tak berapa baku. Yang aku hantar kat blog batch tu memang baku habis. So, sepanjang 7 minggu bergelar kadet DPA ni ada macam-macam aktiviti dan program yang dah kitorang ni join. Aku nak share pasal Tuition Mission. 57 orang sukarelawan dikalangan kadet DPA telah menyertai minggu pertama Tuition Mission dan dibahagikan lagi kepada 3 kumpulan. Misi ni telah berlangsung kat 3 buah kampung Orang Asli secara serentak iaitu di Kampung Rasau Hilir, Puchong, Kampung Sungai Mel...

Hari Pendaftaran Kursus DPA 2019

Image
Dah sebulan berlalu dari tarikh bersejarah tu. Sejarah la sebab aku mulakan hidup baru. Punya la nak sangat sambung study ambik Master, register sampai 3 kali tiba-tiba Allah kata takpe ambik Diploma dulu okay 😹 So pagi tu kami dari Hartamas gerak pukul 7.40 pagi sebab dekat je dah sampai. Kalau dari Ipoh memang sebelum Subuh kena gerak dah. Ramai dah masa tu berkumpul luar dewan. Start registration pukul 8 lebih, ada taklimat pendek sebelum tu oleh Perunding Latihan Kanan. Masa register ni ada banyak kaunter diorang bukak beratur ikut nama dalam kumpulan yang dah pihak pengurusan tampal kat papan kenyataan. Masa hari pendaftaran ni kena submit borang-borang macam biasiswa JPA, medical check-up, bayar yuran pendaftaran RM440 dan hantar borang perjanjian yang dah dimatikan setem kat LHDN. Gambar: sumber IG programdpaintan  (aku la yang depan sekali tu HAHA) Habis je submit bagai semua tu kena proceed kat asrama pulak. So pergi la kat asrama Anggerik untuk regis...